La Adri

La Adri

Zahiruddin Zabidi / Feb 24, 2021

La Adri Ilmu itu ada tiga bahagian Kitab yang berbicara Sunah yang berdiri tegak dan la adri aku tidak tahu

  • Title: La Adri
  • Author: Zahiruddin Zabidi
  • ISBN: 9789671209486
  • Page: 306
  • Format: Paperback
  • Ilmu itu ada tiga bahagian Kitab yang berbicara, Sunah yang berdiri tegak dan la adri aku tidak tahu.

    • [PDF] Download ☆ La Adri | by ¶ Zahiruddin Zabidi
      306 Zahiruddin Zabidi
    • thumbnail Title: [PDF] Download ☆ La Adri | by ¶ Zahiruddin Zabidi
      Posted by:Zahiruddin Zabidi
      Published :2020-09-19T08:42:58+00:00

    About "Zahiruddin Zabidi"

      • Zahiruddin Zabidi

        Zahiruddin Zabidi Is a well-known author, some of his books are a fascination for readers like in the La Adri book, this is one of the most wanted Zahiruddin Zabidi author readers around the world.


    698 Comments

    1. Permulaan yang bagus untuk dubook press yang menerbitkan buku scene agama. Aku tak tau adakah ini buku pertama mereka atau tak. 3 bintang aku bagi untuk karya Zahiruddin Zabidi ni. Terdapat jugak bab yang menarik seperti contoh bab yang dimana penulis kembali meneruskan pengajian walaupun terhenti seketika seolah-olah memberi semangat kepada pembaca bahawa proses mencari ilmu itu tidak pernah mengenal umur. Juga bab menarik yang dikongsikan oleh penulis dalam bab naratif teristimewa Valentine's [...]


    2. Antara sebab aku suka buku buku Dubook adalah, ianya bermanfaat dan informative. Percubaan pertama Dubook hasilkan buku berbentuk keagamaan patut dipuji. Buku yang tidak terlampau berat dan tidak pula terlampau ringan. Kerana, isu isu yang dikupas adalah isu isu dalam kehidupan seharian kita. Misalnya, pentingnya ilmu, ikhlas beribadah dan lakukan aktiviti seharian kerana Allah, sedekah yang bermanfaat, rindu yang seharusnya rindu yang membawa kepada ketenangan dan bukan keserabutan, redha Allah [...]


    3. Di harap penulis terus terusan menulis untuk dubook press. membawakan lagi buku yang berunsurkan islamik:) amat berpuas hati.Go Dubook !



    4. La AdriSaya masih ingat, buku terbitan Dubook ini dibeli semasa jualan buku di Pocket D UTP sekitar tahun 2014. Hanya sekarang baru berkesempatan menghabiskan bacaan hasil tulisan Ust. Zahiruddin Zabidi ini. Buku ini merupakan himpunan anekdot beliau berkenaan pelbagai topik, termasuk kisah pencarian ilmu beliau yang saya kira perlu dicontohi semangatnya. Meskipun bergenre santai, banyak juga buah fikiran yang dikutip dari tulisan penulis yang mengajak kita untuk berfikir. Antaranya berkenaan re [...]


    5. Buku ini merupakan satu himpunan makalah. Permasalahan utama dengan buku ini ada 2:1. Tajuknya tiada kaitan dengan kebanyakan isinya (mungkin ada 3 bab sahaja yang berkaitan). Tajuknya menggambarkan sesuatu yang berkaitan dengan ilmu, tetapi isinya lebih berupa tazkirah.2. Susun atur dan 'aliran' idea antara makalah-makalah itu amat sedikit. Hanya ada beberapa yang betul-betul berkait.Secara amnya, makalah-makalahnya ditulis dengan baik jika dinilai sebagai karya yang berdiri sendiri, tetapi mer [...]


    6. jawapan kepada persoalan yang tidak mampu dijawab. dengan hanya mengatakan "la adri" tidak akan menjatuhkan martabat dan mencabar ego seseorang. menyelami hal kepincangan masyarakat Islam (terutamanya Islam Melayu di Malaysia) dalam berbagai soal dan permasalahan yang melanda. persoalan tentang jodoh, kepentingan menimba ilmu sepanjang hayat, dan berbagai isu lain lagi antaranya penyakit kronik masyarakat iaitu gemar menghukum sesama sendiri. memberi pencerahan bahawa Islam bukanlah agama penghu [...]


    7. Sangat baik. Buku yang membincangkan tentang masalah negara Islam (yang keseluruhannya bukan Islam) politik, "cinta" (sikit jelah). Sangat baik untuk golongan muda, yang dahagakan ilmu. Baik untuk mereka yang mindanya berfikiran kehadapan dan tidak sempit.


    8. Ya. Berdiam diri bukan bermakna bodoh. Tetapi ia lebih selamat dari berkata2 yang tidak bermanfaat dan boleh mengundang cela pada diri sendiri.


    9. Buku yang membincangkan tentang pelbagai skop topik yang sesuai untuk dibaca oleh golongan muda dan tua. Cara penyampaiannya agak santai dan mudah difahami. A book worth reading!


    10. Buku ini merupakan koleksi coretan-coretan penulis berkisar kehidupan dirinya serta pandangan dan buah fikir mengenai apa yang terlintas di benaknya.La Adri- aku tertarik dengan tajuk buku ini dan frasa yang menjadi daya penariknya, "Ilmu itu ada tiga bahagian: Kitab yang berbicara, Sunah yang berdiri tegak dan la adri (aku tidak tahu)". Frasa ini, yang juga sebenarnya sebuah hadis Nabi (baru tahu selepas baca buku ini), bakal menjentik hati nurani seorang manusia, yang selama ini sering ego, se [...]


    11. Melalui kulit bukunya, saya tak dapat gambaran kasar tentang buku ini. Ingatkan keseluruhan buku ini bawa isu 'La Adri,' rupanya artikel-artikel yang dimuatkan menyentuh pelbagai isu yang menarik dalam ruang lingkup kehidupan. Tahniah kepada penulis atas penghasilan buku ini, insyaAllah masih boleh diperbaiki lagi.


    12. La Adri ditampilkan dengan sulaman kesantunan melayu dalam setiap intipati dakwah yang dibentangkan. Bertindak dengan cara memangkin pembaca supaya bermuhasabah diri, Ustaz Zahiruddin kadang-kadang seakan memujuk lembut hati yang gundah tentang persoalan kehidupan. Ranapkan kubu ego, jangan malu untuk berkata, "La adri."


    13. dakwah santai, tapi bahasa masih tinggi (bg org2 yg mncari dakwah melalui bacaan ringan mcm aku ni)kin sbb pnulis is academician.fakta dia banyak since dia pakai hadis, dan riwayat2. ok dah isi dia, tapi kalau tambah sket bab2 pengalaman dan penceritaan yang lebih rilek (org kabor) lg best dan lg cepat hadam kot. inshaAllah.


    14. Agak jarang nak baca pendapat ustaz macam dalam buku ni. Walaupun penulis lebih banyak menceritakan pengalaman dan refleksi diri, tapi bab seperti sejarah Syeikh Abdul Wahab & kerajaan Ibnu Saud, Hikayat Abdullah, dan ada lagi kritikan yang disampaikan agak segar semasa proses pembacaanku. Mungkin aku kurang membaca perihal sejarah umat kot. Haha.


    15. Beberapa persoalan dikupas tepat dan agak padat. Ada bab yang saling berkait, ada yang tidak. Bahasa amat mudah difahami walaupun sebenarnya membawa mesej berat. Amat digalakkan untuk Ustaz Zahiruddin terua menulis!


    16. Santunnya bagaikan memujuk kekasih yang rajuk Selambanya ingin mengajak mungkin yang sedikit terlajak.Apa lagi?La Adri.




    Leave a Reply